Sunday, 5 June 2016

First Day Ramadan

Hari pertama ramadhan ini dikhabarkan kematian orang yand dekat dan saya kenal. Tersentap kejap. Masa beliau dah sampai aku bila lagi. Aku terlalu mudah sibuk dengan urusan dunia. Umur aku 23 tahun. Sebenarnya ramai orang sekeliling aku yang meninggal lebih muda. Masih kau alpa traveller93 ?

Semoga dipermudahkan urusan beliau. Umur baru 28 tahun. Muda lagi.. Aku? Kau? Bila lagi.. Hanya Allah Mengetahui. Apa yang kita mampu ialah persediaan bekalan ke sana. Ingat dunia ini hanya persinggahan. Lakukan apa sahaja didunia kerana-Nya.

Tadi  baru je aku dok pikir bila kita nak mati..tapi semua tu tiada jawapan. Itu semua rahsia Allah. Tadi aku try search gambar pasl mati untuk tampal sekali dengan entri ni. Aku terjumpa satu ayat yang lebih kepada teguran. Alhamdullilah, Allah tegur aku dengan cara ni. Apapun thanks to Raudhatul Husna for  this sharing.


Aku pergi dulu. Nak final exam, mahu study awal. Boleh teraweh dgn tenang malam ini. Kejar akhirat dulu, in sha allah, dunia kejar kita..

~~Traveler93~~

No comments:

Post a Comment

Peringatan untuk Aku di kehadapan

Coretanku yang telah didrafkan pada 09/04/2021 (10.31 am) Jangan bergantung harap pada ilmu Jangan bergantung pada ibadahmu Bergantung hanya...