Siapa dah tengok cerita munafiq?
![]() |
| Lakonan Nabila Huda memang mantap.. Sinematografi dia mantap..gaya nak macam orang filem.haha |
Den ni memang mudah tertidur. Kat mana2 senang ja nak tidur, tidur pon den boleh tidur.. Askor2 cakap IMP (Ilmu Mata Pejam) padahal maksud sebenar Ilmu Medan Perang..Jadi, masuk panggung wayang memang den tak berapa suka. sebab banyak kali dah den masuk, 5 minit cerita baru start den dah tidur dan 5 minit cerita dah nak habis, den bangun balik..Rasa rugi sesangat..Tapi bila Munafiq keluar, semangat den ajak classmate pergi wayang.
Alhamdullilah.banyak pengajaran yang dapat diambil daripada cerita ni. Den pun banyak tersentap dan belajar daripada movie ni. Korang perasan tak bila baca al-quran dan maksud akan ada ayat dibahasakan dengan "Kami". Sebagai orang islam, akidah kita ialah tuhan yang satu. Kalau hangpa dok guna concept Bahasa Melayu saya untuk sorang, kami untuk banyak, memang xboleh pakai ye.
"Kami" dalam maksud ayat Quran tu merujuk kepada Allah dan segala KekuasaanNya. Ada satu dialog dalam cerita Munafiq ni yang cakap pasal "Kami" ni.
Sebelum masuk wayang, ada separuh sahabat-sahabat aku dah masuk dulu, sementara aku masih menunggu dua orang lagi sahabat aku. Ramai remaja2 muda, aku pun remaja tetapi remaja tua. Seorang remaja ni mengutarakan soalan, "Apa tu munafiq?", aku cuba curi dengar, sorang tu jawab ala-ala macam ni la "Munafiq tu orang yang nampak alim tapi sebenarnya tidak pon seperti yang dilihat orang.
Balik daripada tengok cerita den pon dok mengoogle la pasal munafiq
Maksud munafiq?
Golongan munafiq iaitu orang-orang yang menampakkan keimanan dan kebaikannya, tetapi merahasiakan kejahatannya
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya .
(Empat sifat itu ialah) apabila diberi amanat dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .
~Hadis Riwayat Ahmad~
Kalau nak lagi jelas pasal orang munafiq. Hangpa boleh tengok dekat Al-Quran Surah Al-Baqarah, Surah yang kedua pada ayat 8 hingga 20 (2: 8-10).Ayat Allah ini menjelaskan tingkah laku dan sifat-sifat golongan munafiq. Infographic ada kat bawah, lebih mudah dan senang difahami.Semoga yang membuatnya peroleh pahala.
Sebelum den pergi. Cuba muhasabah ayat ni.Renung-renungkan dan selamat beramal. Pesanan ringkas, Jangan terlalu takut, takut-takut boleh bagi kesan kepada akidah kita. Yang penting kembali kepada-Nya. Pencipta semua makhluk
Sayonara sekalian



